Recent Posts

   

#diy : Doorgift Box - simple budget deco

Hai, lama tak update sini. Lama tak cerita pasal DIY kat sini. Ni baru ada masa nak share idea dengan B2B yang tengah pikir dan kumpul idea pasal kahwin. Kompem pening kan? Hihi bertabahlah!

Okey, ni salah satu idea aku buat untuk wedding adik ipar hujung bulan Mac hari tu. (Lama dah baru nak cerita kannn)

Anyway,
Adik ipar aku ni tak kisah pun nak bagi doorgift apa, aku pun buat la ikut suka hatiku. Tiba-tiba teringat ada wishlist doorgift aku nak buat time aku kawen dulu tu tapi tak dapat persetujuan dengan Mak kesayangan, so terus ON nak buat yang macam tu kat adik ipar. Hewhew. Tak payah pikir banyak dah, senang.


Simple je pun. Hihi.

Aku design sendiri tq sticker - letak nama and date, lepas tu print je guna printer sendiri. Tak kuasa aku nak gi hantar kedai. Rasanya lagi jimat kot.

Aku deco kotak putih - letak doily, reben dan sticker tadi tu aku lekat atas doily.



Untuk isi dalam kotak aku beli cawan/mug Ikea murah tak sampai seringgit (refer sini - http://www.ikea.com/my/en/catalog/products/50258912/ ), sapu tangan, keropok dan kacang tumbuk. (Aku suka bagi doorgift yang boleh tetamu makan dan guna selamanya gituew).


Okeh, korang dah boleh lah try idea ni. 



Kalau korang malas, nak suruh aku buatkan deco pun boleh. Nanti email je k, rasa macam nak start bisnes la sikit-sikit. (berangan.. Hahaha)

Okbai,
Tengkiu.

6 comments:

  1. sis thank you for the idea!!penat pk nak bg apa
    90sen dpt cawan dr IKEA kowt

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe welcomee. simple je kan bg macam ni.

      Delete
  2. Tapi mcm mana nak beli cawan tu. Limit 6 pieces per family T.T

    ReplyDelete
  3. Tapi mcm mana nak beli cawan tu. Limit 6 pieces per family T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, yeke? baru2 ni gi ikea jgk x perasan pulak dah ada limit. huuhu

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...