Recent Posts

   

Eh, dah 2014 lah!

Haha orang dah meningkat umur ni memang lain sikit, tarikh pun susah nak ingat. 

Tadi baru teringat - "Eh, hari tu 1 Januari, so anniversary bertunang dulu la ek?" Muahaha! Sebelum ni konon macam nak ingat/sambut semua anniversary, tapi tak payahlah. Confirm tak ingat langsung. Dah lepas tarikh baru perasan. Teruk betul. Konon-konon jugak nak jadi romantik la sambut-sambut anniversary ni. Tak ada nyaaa. Dapat laki pun tak romantik, so memang terkubur je la harapan tersebut. Haha.

Anyway, 1 Januari 2012 dulu aku bertunang, dua tahun dah la kan. Ish, cepat je masa. Bertunang time tu pun kelam kabut sebab tak bajet pun nak ikat seawal tu, sebab keputusan dibuat 3 bulan sebelum tu tengah lepak-lepak tepi tasik, lepas tu boipren (sekarang ni suami) cakap "Yam, jum kahwin nak?" - Gila! Balik rumah terus kasi tau Mak. Esoknya pulak terus pergi kedai emas beli cincin merisik. Dua bulan lepas merisik tu bertunang pulak, simple je sebab kelam kabut punya preparation.


But, Alhamdulillah. 2013 dah selamat jadi suami isteri. Tak sangka. Kenal dah lebih kurang 8 tahun boleh jadi suami aku, dah la macam-macam cerita time berkawan dulu, hehehehe.

Alhamdulillah, tercapai target nak kahwin tahun lepas, ada jugak jodoh Allah nak kasi kan.

Goodbye 2013, welcome 2014. Macam-macam harapan tahun baru ni, berusaha dan berdoa semoga semuanya berjalan lancar. Aaminn.

6 comments:

  1. Happy New Year, 2014. Moga segala impian trcpai ya :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. happy new year! semoga impian kita semua tercapai. hehe

      Delete
  2. samala impian kita..yong pn gembira sgt hajat nk kwin msa 2013 tercapai..ada jg jodoh kita kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tu la, syukurla ada jodoh kan.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...