Recent Posts

   

#Review : Hantaran Biru

Hantaran dari suami, juga simple. Guna bekas hantaran berkaki tu beli di Nilai dengan harga murah, sebab kedai tu nak clearkan stok. Rasanya sebab orang dah tak guna fesyen ni dah kot. Tapi kitorang peduli apa, janji murah! Haha. 

Langkah seterunya beli bunga foam tu, warna tema biru, tapi tak kan semua nak biru kan. So campur la sikit krim, peach. Tetiba rasa dah jadi warna warni pulak. Hihi. Owh, jangan lupa tambahkan daun secukup rasa. Lepas tu cari tali bulu-bulu warna biru juga untuk kekalkan tema. 




Steps;
Senang je,

Bunga foam dan daun tu susun ikut suka hati, buat sejambak untuk satu hantaran. Selitkan reben jugak.
Tali bulu-bulu tu lilit dan gam sekeliling bekas hantaran tu. (Diva AA sangat! Hahaha)
Barang-barang hantaran macam biasa ikat dengan reben. Lepas tu letak terus dalam bekas hantaran. 
Jambangan bunga yang dah siap tadi tu letak je selit-selit celah barang hantaran. 






Senang kan? :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...