#diy : Fabric Photo Frame

Kat rumah aku ada satu dinding diantara dua bilik. Rasa macam kosong saja. So ingat macam nak men-deco kat kawasan tu, konon idea nak tampal-tampal frame gambar. Dan semestinya aku tak kan melaburkan banyak wang untuk tu, sebab kena budget selepas kahwin. Hewhew. Dulu B2B Budget, sekarang masih sama, cuma tukar ex-B2B saje lah. Heheh.

Projek aku weekend hari tu, aku buat fabric photo frame. Tu sebab tengah bosan dan ada sikit rajin. :P

Aku rasa B2B yang budget boleh buat sendiri, korang boleh deco table guestbook dengan frame DIY banyak-banyak ke kan, tak pun frame tu boleh buat wedding signage. Memang jimat banyak, dan semestinya kiut!


Aku google step buat frame tu, ambik basic step saja. Tapi macam material yang dorang gunakan tak pasti pulak sama ke tak.  Yang aku buat ni main tibai je, ukur pun senget benget - guna barang yang sepatutnya husband aku dah nak buang tapi aku tak bagi. Last-last kena sound sebab pen-semakkan rumah. Lalalala, ada mak kesahhh? :p

Oke, anda perlukan;
- Cardboard, atau kotak, kalau ada plywood nipis tu pun cun jugak tapi susah la nak potong kan. Yang aku guna kotak yang hampir dibuang husband aku tu je. Haha.
- Span
- Gam
- Fabric, ikut kesukaan anda
- Pembaris, gunting, cutter


Mula-mula ukur kotak ikut besar mana gambar anda, buat dua keping untuk depan dan belakang. Kotak yang depan tu ukur pulak frame window untuk gambar. Window tu silalah ukur kecik sikit dari gambar. Lepas tu potong.


Oke, dah siap, boleh potong span pulak ikut keliling frame tu. Dan tampal. Aku suka letak span ni sebab nampak gebu-gebu tebal macam tu. Hehe. Kalau taknak letak pun boleh.


Lepas tu ukur pulak kain ikut frame tu. Lebihkan kain keluar dan dalam window tu. Macam dalam gambar. Kat bucu tu potong macam tu untuk senang nak kemaskan nanti. Lepas tu boleh terus gam kemas-kemas.


Dah siap frame tu, boleh letak plastik keras kat window tu kalau nak, kalau tak nak letak pun oke je. Aku tak letak sebab tak ada plastik tu saiz besar, lagipun gambar aku print guna jenis kertas yang water resistant tu, so rasa macam oke je tak letak. Hehe.


Tadddaaaa, dah siap! Aku letak gambar konvo bersama famili. Muehehe.


Sebenarnya,
Aku teringin nak deco wall macam ni;

Source : mochadaily.blogspot.com201307home-decor-frames.html


Tu pun kalau rajin - baru boleh semangat DIY frame banyak-banyak lagi. . Haha. Nanti dah siap aku tunjuk (Bila ntah...hahaha )

4 comments:

  1. wahhh hebat akak ni DIY, tgn seni ya.. hehe kak, jom meriahkan adat berpantun.. tak payah buat entry.. hanya berpantun dah boleh menang hadiah.. jemput join :)

    http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com/2013/09/segmen-komen-berpantun-by-shakira.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa, tak reti la nak berpantun. hehe

      Delete
  2. wahh.. nice.. sooo creative!

    www.jalinan-cintaku.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...