Recent Posts

   

#Honeymoon :Cruise!

 Baru-baru ni ada kawan aku tanya pasal honeymoon aku, so aku rasa boleh jugak share kat sini.

Kepada bakal-bakal pengantin, atau yang baru menjadi pengantin, untuk pengantin lama pun boleh;
ini idea tempat honeymoon yang BEST GILERRR~

Superstar LIBRA Cruise!
it's a cruise bebeh! 


Ini pengalaman pertama aku-

Aku naik cruise yang pusing Penang sahaja untuk satu malam, awal bulan April dulu (lama dah baru nak cerita!). Sebab ini pun Bestfriend aku yang sponser, wedding gift. Thanksss banyak-banyak Sayammm!
Satu malam pun dah rasa best! Haha. Jadilah merasa naik cruise kan, first time kot! Memang rasa macam mewah gila la.

Check in kat pelabuhan Swettenham Pier. Prosesnya mudah dan teratur, di kaunter petugas akan bagi akses kad sorang satu. Kad tu untuk akses bilik dan makan (dinner + breakfast) di restoran.


Bilik kitorang sangat ok dan bersih. Aku rasa ada pakej lagi mahal untuk bilik yang lagi best. Korang boleh check kat website Star Cruise.

Dah naik kapal tu, mula lah tergedik-gedik dengan husband meneroka kapal. Dari hujung ke hujung kapal kitorang jalan. Kat deck paling atas, macam-macam ada. Ada pool, live band, restoran best (makan sedap hoiiii!), tempat-tempat lepak, view yang best, angin pun best!

Kat deck berapa ntah ada bilik macam wayang, sangat cantik dan ada tayang selected movies. 
*Reminder: better ambik intenary kapal tu untuk rujukan. Banyak aktiviti lain sebenarnya, tapi kalau tak tau, memang melepas lah


Tapi kebanyakan masa kitorang melepak kat deck atas tunggu kapal berlepas. Time kapal bergerak memang syok, dah la angin kuat. Siap husband gedik aku nyanyi lagu titanic lagi. Kapal memang akan berlayar sepanjang malam tu dan berlabuh pagi keesokannya.


Overall memang sangat best. Kalau pergi ramai-ramai lagi best! Nantilah, kalau ada rezeki lebih boleh cruise jauh lagi, terus ke Krabi ke kan... *berangan...* Hehh.



Owh, aku pernah cerita pasal Photobook Pixajoy yang murah. Aku ada purchase beberapa coupon untuk bukukan gambar-gambar kahwin, tapi untuk honeymoon pun mestilah ada jugak. Macam best pulak buat macam ni, tak payah pergi cuci gambar, tak payah beli album, hanya susun-susun gambar dalam dorang punya software dan sent terus dapat buku seperti ini. Hebat! Nanti nak buat 'Are We There Yet? Part II' pulak la. Hehehe



Till then, thanks sebab baca! :)


p/s : Thanks Cik JZ for this super duper best gift everrrr!


8 comments:

  1. best nya naik cruise (^_^)
    xpernah merasa lg

    ReplyDelete
  2. Dear, aritu Sya penah demam nk ber-cruise kejap. Groupon slalu kuar promo tp Sya tengok bilik die cm kecik. selesa X??

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah, bilik paling standard kecik je, tapi ok la selesa jugak. Toilet, tv, almari semua ada. Ok la.. Kalau bilik besar pekej mahal lagi kot? Hehe

      Delete
  3. Wahh...macam besh je.Sha pon selalu tgk pakej kt groupon.Tapi mcm fikir.X bosan ke duk atas kapal tu.Hahaha.Boleh x cmtu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk 1 malam tak bosan sangat kot, tapi kalau bermalam2, rasanya mungkin akan bosan jugak. Hahahah

      Delete
  4. best nyee..dah la port ni dkat gak ngan rumahh..huhuhu
    nnt da kawen nk merasa la naik cruise skali..hihi

    ReplyDelete
  5. cantiknya permandangan...hr tu dpt nek gak tp hat biasa ckit so x brapa nk best

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...