#Review : Wedding Signage

Signage aku adalah yang paling mudah dan pantas! 
Ni adalah design aku (sebelum background aku tukar warna cream);


Aku ambik template bunga-bunga tu secara google sahaja. Lepas tu aku edit-edit sikit tukar warna, mix warna. Background color kasi cream sket. Macam biasa, aku ni peminat warna malap seperti itu. Haha.
Lepas tu letak nama dan details majlis. Dan, wallaaa! Siap dah design aku. 
Tapi, ramai tanya kenapa tak letak gambar? Tak buat pre-wedding ke? Kenapa tak buat banner ada gambar tu? Hahaha, sebenarnya aku tak ada confident diri nak letak gambar sebesar alam disitu. Aku tak comel, dan aku adalah seorang pemalu. Hahaha. Itu aku la kan, lain orang lainlah rasanya. Tapi laki aku mintak nak letak gambar kitorang sebenarnya, dia tu memang gila glemer sket. But i said big NOOOO! Hahah.

Owh ya, ini satu peringatan! Kalau anda nak design apa-apa pun, sila setting design anda mengikut saiz yang diingini. Jika setting design kecik daripada saiz sebenar, maka akan terjadilah hasil cetakan yang tak sharp dan cantik. Contoh, kalau nak print gambar saiz A4, janganlah design/setting gambar dengan saiz gambar 3R macam tu. Nanti gambar macam ditarik-tarik. Tak cantik. :)

Lepas siap, lagi 3 hari sebelum majlis baru aku tertonggek-tonggek pergi cari kedai printing. Gila susah nak carik kedai kat Taiping ni. Ada tanya satu kedai tu dia ambik mahal gila, kertas keras macam mana ntah. Adoi, aku nak yang macam poster je pun, kertas yang nipis tu pun tak pa. Last-last jumpa satu kedai tu dia boleh buatkan, tapi bukan print kat kertas, print jenis macam banner tu rasanya, tapi lepas print dia potong ikut saiz aku nak. Dia kata memang kena potong sebab memang tak ada saiz kertas besar yang aku nak tu? Tipu betuull. Habis tu poster-poster iklan tu dorang kutip kertas dari mana? Kannnn? 

Tapi nasib baik hasilnya memuaskan jugaklah. Nampak background macam warna putih pulak dah. Aku letak dalam frame aku beli kat Ikea. Dan easel pulak, adik aku yang buatkan. Aku siap request nak warna putih. Hehehe. Puas hati! :)


Muehehehe~



2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...