#Review : Wedding Doorgift

Perkara pasal doorgift ni memang ambik masa jugak la nak dapat persetujuan mak aku. Sebab Mak aku kata, kalau boleh bagila doorgift yang orang boleh guna, (atau) sedap dimakan, dan letak dalam paperbag properly, tu tanda kita berterima kasih kepada orang yang sudi datang majlis kita. Begitulah pendapat mak aku. :) 

Cadangan aku mula-mula nak bagi sapu tangan je, tapi Mak kata dah biasa sangat. Lepas tu terfikir nak bagi mug, tapi rasa macam mahal kot. Haha memang dasar pengantin budget! 

Sunddenly, Tinggg! Teringat barang Ikea, gelas kosong dan murah. Aku beli dan bawak balik tunjuk kat mak, mak kata ok, gelas pun tebal. Orang akan guna dan ingat dorang dapat dari majlis kita. Kalau korang 'kaki Ikea', kompem tau pasal produk murah ini; 
Harga sekotak - 6pcs adalah RM 4.90. Aku dah start borong sikit-sikit bawak balik kampung sejak tahun lepas lagi. Biasalah, kereta kecik. Tiap-tiap bulan balik kampung, memang lowered la Mat Yeyel aku tu. Haha. 

Dan doorgift bags pulak beli kat Nilai. Beli yang kecik supaya fit semua barang tu, gelas tu pun kecik je kan. Tak la macam pelik tengok barang kecik tapi bag besar? Hehe. Aku beli warna putih sebab nampak suci gituuu. 


So, dalam doorgift bag aku letak telur rebus dalam gelas tu (gelas tu dah diikat dengan reben organza disekelilingnya, kasi nampak cute sikit, tak la kosong sangat), dan juga chocolate cupcake seketoi dalam tu. Sangat simple kan? Unfortunately, aku lupa nak snap gambar doorgift dalam bag tersebut. Haha. 

 Untuk VIP Doorgift, nanti aku cerita entry lain. 
 Sekian, hope boleh tambah idea untuk B2B sekalian alam. :)

1 comment:

  1. suka kalau dapat doorgift macam ni.will consider untuk letak sebagai doorgift untuk majlis saya nanti :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...