Recent Posts

   

#Review : VIP Doorgift

Actually, tak dak lah VIP sangat pun yang datang. VIP tu kiranya rombongan sebelah pengantin lelaki la kan, so special layanan untuk mereka. Hehe.

Doorgift special aku bagi Candy Jar / Crystal Canister Jar / apa-apa lagilah orang panggil benda tu. Sangat cantik dan puas hati.
Sampaikan ada orang yang ambik jar aku banyak-banyakkk, mungkin dorang nak buat set untuk letak candy @ kuih time Raya nanti? Bukan aku tak bagi, tapi mereka ambik secara senyap-senyap?? Apekah?? Tak dak duit nak pergi beli sendiri ke? Padahal hari majlis pun belum lagi, kalau tak cukup untuk tetamu masa majlis macam mana? aihh! Biasalah time kenduri memang ada perangai manusia yang macam tu kan. Nasib baik aku bersabarrr dan nasib baik aku tau hal ni pun lepas majlis, kalau tak mau ada amukan pengantin ketika tu. Hahahaha.


Okeh, move on ke cerita asal kita tadi. Hihi.~



Dalam jar untuk VIP tu aku letak chocolate cupcake seketoi sahaja dalam tu. Lepas tu aku susun siap-siap atas meja makan rombongan. Ya, pengantin sendiri yang susun ye, pagi-pagi dah masuk khemah siap-siap table rombongan dan table guestbook. :)

Bawah ni aku tunjuk cara aku hias jar ni, so boleh tambah-tambahkan idea untuk B2B sekalian alam. Hehe. Jar ni sebenarnya packing satu-satu dalam kotak. So aku rasa macam buruk la kotaknya, lagipon nak jugaklah nampakkan benda tu kan. Jadi aku pun hias dengan balutkan jar tu dengan kain net. Aku terfikir jugak nak balut dengan organza, lagi cantik. Tapi, sure ada benang-benang kain terkeluar. Malas la nak jahit tepi pulak kan, tu pun guna kos jugak. Hehehe. So, inilah idea aku ;

*Isi candy atau apa-apa saja di dalam jar
*Siap untuk dibalut. Balut bagi kemas dan tegang supaya penutup tu tak terbuka dan longgar.
*Ikat terus bunga hiasan dan Tq Tag anda. Dan siappp!:)

Untuk jar yang aku isi candy ni, aku bagi untuk kawan pejabat. Takkan nak kasi yang isi cupcake berkulat kot kan, sebab habis cuti pun dah seminggu lepas kenduri. Hehe.

Sekian, dan selamat mencari idea. :)


9 comments:

  1. comelnya.. tgh pening jugak ni, xtau nk bg doorgift apa kat rombongan pengantin nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pening, kena selalu survey. ehehehe

      Delete
  2. cantiklah..beli kat mane yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidy, saya beli kat Nilai. Ada satu kedai tu buat halfprice dari harga asal. Dapat dalam RM2 je kot, tak ingat dah. Hehe rezeki..

      Delete
  3. eh, best jugak ek! size die Lbh kurang balang kueh time raye tu ker?? ke kecik sket??
    comeL La... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapak dia macam besar tapak tangan gitu la. hehe. try survey kedai kawen, ada rasanya.

      Delete
  4. Awak.. Sy nk tye.. Awk buat bpe pcs utk guest vvip haha sory tye soalan remeh, xreti nk budjet 😑

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time kawen tu saya buat dalam 200pcs, memang buat lebih. yg letak atas meja family rombongan tu dalam 100pcs kot, kalo lebih blh bg orang. apa2 pon tnya la sbelah laki nanti agak2 rmai ke nk ikut rombongan kannn.. hehehe

      Delete
  5. Awak.. Sy nk tye.. Awk buat bpe pcs utk guest vvip haha sory tye soalan remeh, xreti nk budjet 😑

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...