#Review : Baju Nikah

Baru berpeluang nak bercerita. Punya dah lama jadi bini orang kan. Tapi inai masih lagi dijari. Hehe.

Hari ni nak share pasal baju nikah ;
Tema baju nikah aku adalah hijau mint - hijau lembut, entah betul ke nama hijau tu? Haha. Ok la kan, untuk majlis nikah better guna warna lembut gitueww.


Kain untuk baju majlis nikah aku beli kain di Jakel KL, jenis chiffon. Sekarang kan trend chiffon (trend lah sangatttt! Haha). Harga kain aku beli adalah RM22 semeter. Agak mahal kot, tapi kain sangat lembut. Puas hati. Kalau nak carik kain yang banyak pilihan better pegi Jakel la, nak pilih warna pun banyak. Lepas tu aku beli sekali border lace, sangat berkualiti dan lembut kainnya, tak ingat harga tapi agak mahal walaupun dah di-sale-kan ketika itu, rasanya macam harga RM40 lebih kurang la. Pengsan! Haha.

Banyak penjimatan jugak sebab Mak aku sendiri yang jahit baju ni, baju design kurung moden saja. Beads dibeli di Kedai Bunga Reben (mesti korang tau kedai ni kan). Beads aku jahit sendiri, punya la semangat DIY, sebab aku nak ikut citarasa sendiri, barulah puas hati. (Padahal nak save budget!) Hehhh~

*Laki ku memang pelik pakai kasut macam tu. Haha.


Setakat ni ada kawan-kawan yang bertanyakan veil aku ni, dan minta nak sewa. Boleh saja, apa-apa pertanyaan boleh e-mail terus ke ems.greenberg@gmail.com (tu pun kalau ada yang buat tema warna pelik macam ni la. Hehe)

6 comments:

  1. hijau mint! warna Dila pakai ms tunang ritu..heee
    warna pelik tapi cantik dear :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hijau mint ek? confused ngn turqoise. hahaha. nmpk sgt rabun warne. hehe

      Delete
    2. hehehe saya pon x reti bab-bab nama warna ni. pelik2 je.. hehe

      Delete
  2. comel jer warna dia, jarang org guna...tp still sweet...
    Kita nominate cik ems dalam liebster award, tengok link kat sini ye. http://cikjelita899.blogspot.com/2013/05/liebster-award.html

    ReplyDelete
  3. cntik, btw, klau pkai bju kurung wne ni, sesuai pkai tdg wne ape..?tpi yg gmbr ats 2, wne peace ea?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...