Recent Posts

   

#Review : DIY Guestbook

Okelah, ini saya punya --
My own version of Guest book!
Very the simple;



Ini ketika proses ;


Senang saja, kalau ikut cara ni, anda dah boleh buat guestbook sendiri;

1) Pastikan ada buku kulit tebal, span keping untuk kasi efek lembut dan sedap dipegang, kain corak kegemaran, lace kesukaan, reben warna kegemaran, gunting untuk menggunting (eh, tak ada dalam gambar), gam secukupnya, dan paling penting adalah jari jemari yang bersedia untuk terkena gam. Hehhh ~

2) Balut dahulu buku dengan span, dan diikuti dengan kain. Pastikan kemas dan tak ada kedut-kedut. 

3) Lepas siap, susun lah lace anda dengan suka hati riang gembira dan gamlah ia, dan ikat reben untuk kasi manis sedikit.

4) Dan done! Kalau rajin dan ada masa, boleh lekat-lekat manik ikut corak kain tu ke kannn, tak pun susun bunga-bunga fabrik ke, mesti cantik! Tambah sajalah apa pun mengikut tahap kreatif anda, tak ada masalah, itu kan buku anda. :)

5) Ohh, lupa. Saya ada letak nama saya dan suami beserta tarikh wedding (tarikh kecik tak nampak sangat) di bucu bawah buku tu. Manalah tau nanti tua dah nyanyok tak ingat tarikh wedding sendiri pulak. Hehehe.


Itu sahaja.
Kan dah jimat kalau DIY. Lepas tu boleh ikut citarasa sendiri. Citarasa saya macam ni lah, terpaling simple. Hehe.

Selamat mencuba.



My guestbook's table decos;
Terpaling simple jugak. :)


*Credit to my cousin - Abg Yie.

Semoga anda terinspirasi. Sekian.


P/s : Kalau aku buat bisnes jual guestbook macam ni ada orang nak beli tak? Haha. 

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...