Recent Posts

   

Kad Kahwin dan Jemputan

Ingat lagi tak cerita kad kahwin aku ritu? Dah lama dah siap. Lepas siap dah senang hati la, sambil melipat kad dengan girang. Sekali ada cerita pasal mungkin date kenduri aku adalah terkena dengan PRU13. Lepas tu, hati girang terus hilang. Haha. Sebab mak aku kata nak extend date kalau kena PRU13 tu. Lepas tu aku kata "waaa habislah jahanam kad aku! Macam mana nak tukar date lain kat kad tu?" Gila! Tidur malam pun tak lena tahu.

Terus peram kad sampai macam-macam cerita keluar, dan yakin PRU13 tak kena kat date kenduri aku tu. Aaminn, Alhamdulillah.

Owh, aku tempah kat LH Creative. Dan sepanjang proses tempahan, sehingga dapat kad semua memang tak ada masalah. Mungkin aku pun tak banyak songeh sangat kot, kan? Hehhh.


Jadi, date kenduri aku memang proceed ke date itu. Kad pon dah mula edar. Pagi tadi dah habis bagi kad kat kawan-kawan opis. Terkejut dorang, sebab tak percaya budak selekeh pergi kerja ni nak kahwin dah. Tiba-tiba je kan. Haha.


Ini sampul dia..


Ya, aku ni memang taste malap-malap, dan plain. Dah la putih, tapi aku suka dan puas hati. Haha
.


Jadi, dengan ini, saya secara rasmi ingin menjemput kawan-kawan belog yang-tak-la-ramai-mana-pun, sudilah kiranya ke majlis saya pada 30.03.13 (Sabtu) di Taiping, Perak. Kalau nak kad, boleh kasi alamat. Hehe. Datang la, tak rugi.. Lepas kenduri boleh pergi Zoo Taiping dan makan mi udang Kuala Sepetang. Haha.

Sekian.


P/s : Event kat fb pon tak buat lagi. Mana tak nya asyik main game je. Haha.

3 comments:

  1. cantik kad tu..putih suci...tapi nampak elegan! less is more..hehe...=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...