Recent Posts

   

Ini memang bikin panassss~

Okey, ni luahan hati aku. Aku rasa prosedur perkahwinan kat Malaysia ni macam teruk. Aku tertanya-tanya kenapa tak standard kan semua negeri sama, 

Contoh;  tak guna borang sama, tak guna prosedur yang sama.

Lebih-lebih pasal borang. 
Oh, dan kenapa lain orang yang kita berurusan, lain pulak caranya? 


Okey, kali ni aku nak tekankan pasal borang. Ini cerita dia.

Hari tu, aku dah buat HIV test kat satu klinik kesihatan ni. Sebelum masuk bilik untuk cucuk jari ambik darah tu, aku diminta isi satu borang untuk HIV test ni. Oke fine.. Aku isi..

Lepas tu dipanggil masuk bilik untuk ambik darah, aku pun serahkan borang yang telah diisi tu dengan satu lagi borang yang aku dapat masa aku ambik segala borang permohonan kahwin di jabatan agama islam Perak. 

Lepas tu nurse tu cakap "dik, borang (borang jabatan agama tu) ni tak payah isi, guna borang ni saja (borang kementerian kesihatan). Cuba tengok ni tulis borang kementerian kesiahatan malaysia. So semua negeri satu malaysia guna borang ni saja. Nanti dapat salinan, just bagi kat Pendaftar nikah tu terus."

Lebih kurang macam tu lah ayatnya. 

Aku pun kata "Ya kah? Okey lah kalau macam tu".

Lepas settle semua, aku pun dapat salinan borang tu dengan cop dan sain doktor sekali. Tapi tengok kat situ, memang tak ada result negetif or positif. Aku curious, terus tanya balik. Dan nurse tu cakap benda yang sama "dik, guna borang ni saja, kasi kat pejabat agama borang ni". Aku pun 'Okeylah'.

Dan Tunang aku dah settle borang dia guna borang hiv yang sama di pejabat agama tempat dia, dan semuanya oke.

Lepas tu dia pass kat aku borang dia, dan aku dah submit ke pejabat agama, dan tiba-tiba..

Tok Kadi call, kata 'dik, minta pergi balik klinik tu mintak result. Kat borang ni tak ada result positif ke negatif.'

Ohhh what the helll????????????????

Ingat aku senang ke nak cuti sekarang ni? Dengan bos perempuan cina yang suka pantau anak buah bercuti (macam la kompeni bapak dia). Vavi betui!

Apasal macam ni ek? Kenapa tunang aku setelkan kat Pejabat agama dia tak ada problem, kenapa kat tempat aku ada problem dengan borang tu?

Pihak yang berkenaan, sila ambil tahu sikit. 
Aku rasa macam dah give up nak kawin, macam-macam masalah!


Jadi sekarang aku dah tak ada idea, apa yang patut aku buat? Haha. Sedih!


Update : Ada terbaca yang kalau result negatif memang akan dapat borang tu lengkap diisi (yang seperti aku dapat tu), tetapi if result positif, borang tu tak kan dikeluarkan. Mungkin ada further procedure untuk kes hiv positif. Mungkin lah kan, Tak tahu la pulak. 

7 comments:

  1. fuhhhh...ayong pun bengkek dgn prosedur kawin ni...pening...btw, ayong bru td buat hiv test...tp kat result tu die mmg x tnda pn kat positif ke negatif, die tnda kat saringan je tidak reaktif..pelik jugak ni..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada reactive or non-reactive tu dah ok rasanya. yang saya punya borang tu memang apa pun tak ada. haha.

      Delete
  2. ehhh biar betul,klu kt penang ni...kat borang yg dr dorang pon dorang akan cop isi then yg borang permohonan tu pon dorang akan isi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, yang kita ni dah huluq dah borang tu, tapi dorang taknak isi jugak. dia kata guna borang yang dari klinik tu je. adoi, dah skang menyusahkan orang.

      Delete
  3. sbar ya awk..sy pun xlma lg nk tempuhi bab2 borang ni..risau jgk..huhu..

    ReplyDelete
  4. memang bersabar je ni. hehe. so sekarang tak tau nak buat apa, kena buat test lagi ke ape. malasnyaa

    ReplyDelete
  5. by the way, dekat borang yg klinik punya, dia ada tulis result ke x?

    itu hari pun, org klinik kata pakai borang klinik je dh boleh... accepted!
    but still saya suh dia cop dekat borang yg pjbt agama bg.. sbb xnak ada hal2 b'bangkit lepas tu... dah nak kena buat kerja byk2 kali pulak kan..

    ape2 pun, semoga semuanya settle ya.. inshaaAllah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...