Kad Kahwin

Hari mencari kad kahwin.

Ini cerita sudah lama, nak dekat sebulan dah rasanya. Ketika ini kad kahwin kami mungkin sedang dicetak. Ewah!

Pada hari yang berkenaan ; konon nak pergi pameran pengantin di Ampang Point, dan konon nak target kalau ada promotion kad kahwin murah, jadi, on the way nak ke sana kami lalu jalan area Bukit Bintang. Terus cakap "Yam, alang-alang lalu sini apa kata kite gi survey tengok kat kedai-kedai kad kahwin Jalan Pudu tu dulu. Orang kata situ banyakkkk". Dan sayam I pun kata "jom!". Haha macam tu saja.

Dan ya, memang banyak signboard kedai printing, kad kahwin. Tapi kebanyakan tutup jugak sebab hari Ahad. Pusing-pusing tengok kedai LH Creative. "Yam, kedai ni macam femes!". Masuk saja kedai tu ada beberapa couple sedang tengok kad-kad contoh yang berlambak sangat. Aku tengok macam dah naik juling. Haha. Tapi tanam dalam hati memang nak cari kad yang simple saja tapi murah. Memanglah berkira kan!

Ada design yang minat, kami tanya harga. Lepas tu bincang jap, then keluar kedai tu. "apa kata kita round kedai lain area sini, tak sure la harga dia bagi tu murah atau mahal".

Lepas tu ada masuk beberapa kedai. Dan ternyata harga kad yang design lebih kurang yang kami minat tu lebih mahal dari LH Creative. Jadi telah sebulat suaralah kita kata, "go on sajalah dengan LH Creative tu. Malas dah nak survey!".

Sebelum masuk balik kedai tu, kitorang singgah kedai mamak depan LH Creative. Sayam I makan Maggi Goreng. I Ingat lagi!

Masuk balik kedai tu dan proceed dengan kad yang diminati. Bajet memang nak harga bawah seringgit sekeping, walaupun tak buat seribu keping. Bolehlah kan.


Proses bagi map dan check draft adalah mudah saja dengan designer dorang ni, melalui e-mail saja. Tak da masa aku nak ke KL lagipun kan. Semalam dah tengok final draft dan bank in duit deposit 50%. 
Oleh itu harapan adalah; kad akan siap mengikut perbincangan.InsyaAllah...


Kad I adalah lebih kurang begini;
Border kerawang embos dan putih suci. Hehe.
Source :  www.lh-creative.com.my/

Ini draftnya. Tengah tu letak nama dan tarikh sahaja.

Bagaimana?

p/s : Tak sabaq tunggu kad siap!

5 comments:

  1. dear, bpe ye harge kad ngn LH. boleh share price x? Sya blom start survey wed card lagik.

    BTW, Sya br foLLow sini. free, visit/foLLow Sya jugak ek~
    sya-orked.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sya, saya dapat 80sen sekeping untuk design ni. Boleh pergi survey kat LH, banyak design. Dan pepandai la bodek tokei kedai. hehe

      Delete
  2. cantek.. suci nan bersih.. heeee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...