Recent Posts

   

Idea : Warna Tema Wedding

Hahaha, belog ni patut letak tajuk 'ProjekTerbengkalai' instead of 'Projek2013'. Kesian betul, tuan belog pemalas nak mampus. Rasa nak delete je, tapi macam tak nak sebab rasa RAJIN tu akan tiba dengan sendirinya. See! Sekarang ni rajin la ni. Muahaha. Aku rasa macam rajin sebab my Miss Pengapit ku yang semangat google pasal kawin aku ni, dia yang semangat oke! Lepas tu aku pun jadi semangat. Thanks my BFF! I love you sampai mati. :)

Okelah, nak cerita pasal theme colour wedding aku nanti. Sebab sebelum apa-apa pun kena decide theme colour ni, lepas tu baru boleh beli barang-barang kawen kan. Sebelum decide tu ada tanya pendapat Mama aku, tapi tak buleh pakai. Kalau tanya dia semedang nak MERAH sesaja. Boringggg.. Haha. Lepas tu aku pikir nak buat kaler yang pelik, tapi rasa macammm 'jangan mengada ambik risiko'. 

Ermm, selepas menggoogle, aku nak buat theme pastel colours. Yes, walaupun aku ni gelap kulitnya, mintak-mintak oke lah kan. Pastel ni boleh menampakkan aku ayu sikit kot. Wahh gitteww! Tapi sebenarnya nak kasi tetamu yang datang tu tenang dan rileks. Itulah kisahnya. 

So aku decide lebih kurang macam ini ; 

Source : Here 

Source: Here 

Source: Here

Source: Here 

Source: Here 

Source: Here 

Source: Here 

Source: Here 
Source: Here 


Watak utama adalah blush pink, salmon pink, coral dan warna seangkatan, kiranya ada lah warna yang pekat sikit jadi penyeri gituh. Kalau tambah-tambah elemen vintage sikit pun dah cun kan. 

Amacam, apa perasaan korang kalau datang wedding yang warna lembut begini? Rileks tak? Boleh makan nasik minyak dengan tenang. Hehe. Aku harap ada harapan nak dapat warna macam ni, setakat ni progress adalah 'oke oke saja'. Kena teruskan perjuangan mencari barang kawen, semoga berjaya! 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...