Hantaran guna bunga foam

Pasal hantaran ni pun pening jugak, tapi aku dah nekad nak buat sendiri. Simple je sudah, aku memang jenis orang yang simple pun. Senang kan.

Sekarang ni macam femes la bunga ni, ada orang panggil bunga span, bunga foam, entah aku pun tak sure. Aku suka sangattt sebab nampak macam bunga fresh. Dalam gambar pun nampak lawa. Dan aku rasa bunga ni takkan out of fashion. Wahh, gitteww! Haha.



Time tunang ritu, kakak sepupu aku yang buatkan. Guna bunga ni jugak. Sangat sweet!




Yang ni aku jumpa kat Kedai Sayang You Semua House tu. Cantik.. Tapi time ni aku hold dulu beli sebab nak tengok kat Nilai 3 tu kan. Time tu aku tengok kat kedai tu harga adalah RM7.90. Satu jambak ada 10 kuntum. So hold dulu...



Lepas tu ke Nilai 3, terus aku menggila. Ha ambik kau, semua kedai ada jual bunga tu. Harga lebih kurang, tapi ada yang macam kecik sikit harga RM5.90 satu jambak. Ada yang besar sikit tu harga lebih sikit la kan. Dan paling best ada diskaun 20%. Boleh berjimat dah disitu ye cik cik sekalian. 

Aku ambik beberapa jambak, dan telah decide nak guna untuk hantaran Bik kepada aku. (aku tolong gubahkan hantaran kepada diri sendiri sebab dia nak jugak suruh aku buat. Ngada!) Haha, sebab aku pikir time tunang aku dah guna bunga tu, so untuk hantaran aku ke Bik, aku dah pilih nak guna bunga artificial biasa saja. Tips : kena pandai pilih jenis bunga dan warna. Cewah, sembang macam terel je, padahal apa pun tak buat lagi. Haha. Doakan aku jadi kretip oke! :)



Ni yang aku beli kat Nilai 3, try campur warna. Tengok-tengok dah sama dengan warna comforter aku. Haha, amacam? Ada oke? Yang bunga articial pulak tak try lagi sebab tak ada cutter, batang keras sangat. Eh???

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...