Checklist adalah penting!

Okey, sekarang ni aku dah mula planning untuk wedding. Sebab rasa dah tak lama. Lepas raya ni rasanya bolehlah mula untuk keluar pergi servey apa yang patut, dan patut juga untuk beli benda-benda yang remeh, contoh macam bunga ke, reben ke, apa-apa benda la yang aku rasa kalau dah nak sampai waktu wedding benda-benda tu akan terlepas pandang (unless kalau kita ni jenis proper catit note, buat reminder bagai) kan?

So, step pertama aku sekarang adalah sediakan buku nota. Aku perlu bahagikan kepada beberapa bahagian sebab takut tercampur dan mengelakkan aku terus pening. Lagi-lagi aku ni pelupa. Haha.

Dan majlis aku akan aku cuba buat se-simple mungkin. Untuk mengelakkan pembaziran dan aku ni pun bukan golongan kaya nak buat grand macam retis. Ehh? ;p

Bahagian-bahagian penting:
1) Nikah - untuk semua checklist dari kursus kahwin, borang nikah, tok kadi, HIV test, dll
2) Pakaian & pekej - Untuk nikah, resepsi sebelah perempuan dan lelaki
3) Resepsi - persediaan catering, kanopi, kompang, kek kahwin, dll
4) Hantaran - barang untuk hantaran dan barang untuk buat hantaran
5) Door gift & bunga telur
6) Others - fotographer, banner, kad jemputan dll.

Aku ada buat softcopy checklist, masih in progress. Macam tak lengkap lagi. Nanti dah lengkap boleh terus tampal dalam buku. Nampak macam tak banyak je kerja kan, tapi kalau dah complete checklist baru rasa nak pitam tengok semua tu. Dan lebih-lebih lagi banyak pakai duit. Haiya.

Oh, jangan lupa catit dan bookmark segala website pasal wedding yang rasa berkenan boleh buat rujukan. Tak apa kot curi idea orang sikit-sikit, kalau tak kasi curi tak payah la publish ye dop? Hehe. Rajin-rajin google pasal wedding b2b lain.

Semoga majlis kita meriah dan puaskan hati semua tetamu.
InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...