Butik Pengantin area Kamunting / Taiping

Weekend hari tu semangat berjalan bersurvey Butik Pengantin dengan Mama dan berbaju kurung. Ya Allah, sangat panas tahu. Tu semua sebab malas nak balik tukar baju, lepas pergi makan kenduri terus drive ke bandar. Gitueww!

Sempatlah pergi ke beberapa Butik Pengantin area Kamunting dan Taiping. What do you expect untuk butik-butik area sini? Mesti ramai kata tak grand macam kat KL, tapi kalau pandai tengok, akan jumpa jugak butik yang ok, latest fashion punya. Jadi, adalah bagus kalau rajinkan kaki berjalan dan jangan malu masuk ke Butik dan terus tanya pakej-pakej yang dorang tawarkan. Dan jangan lupa juga untuk buat muka tak malu belek-belek baju dorang kat situ. Hehe. Aku ni jenis selamba je kata 'ni baju pesen lama ni'. Haha kecik ati tokei kedai. Sori.

Antara Butik yang aku dah survey (tanpa mengikut turutan) ;

Butik DH Andaman. (Deret bangunan kedai sebelah The Store Kamunting)
- Ada satu pekej dia menarik, RM29** , korang boleh dapat dua pasang persalinan, aksesori, pelamin, bilik tidur, photografi outdoor + studio. (kalau tak salah la, aku tak berapa ingat dah hahaha)
fb: Butik DH andaman

D'Ratu (Ni deret bangunan kedai seberang The Store Kamunting)
- Pekej ni pun ok jugak, RM1100 boleh dapat full pekej baju pelamin untuk 1 event sebelah kita. Baju sangat up to date. Cantikk. Pekerja pun ok sangat, layan dengan baik. Aku macam dah terminat nak ambik kat butik ni. 

Halim Hias (Jalan Taman Mas, jalan nak ke Air Kuning)
- yang ni pun oke, harga kurang tau. Boleh pilih nak baju apa, pelamin apa, pastu baru kira harga. (hehe memandai je aku) Baju sangat banyak, baju songket pun lawa-lawa. 
http://halimhiascollections.blogspot.com

L'gee Seri Pengantin (Dekat-dekat ngan Halim Hias tu)
-Boleh tahan jugak baju lawa jugak kat sini. Harga pekej pun ok la, lebih kurang je. 
fb: L Gee Seri Pengantin

Elieza Anggun (Dekat-dekat dengan kedai Halim tu jugak)
- Erm, kurang berminat dengan yang ni. Dah, malas nak taip. Bolrh tak? Hahaha.
http://eliezaanggun.blogspot.com


Erm, lepas tu balik rumah dan bincang dengan Mama. Mama kata ikut la, kalau minat baju kedai mana satu, sewa je la baju je ke kat situ kan. Kalau bab pelamin tak apa, pelamin idaman aku adalah sangat simple, rasanya kedai mana pun boleh buat kalau aku tunjuk contoh gambar. 

Tapi,
Cuba baju yang aku minat tu tiba-tiba tak ada saiz aku? Hahaha. 
Mampussss!


Pengkumpul bisnes kad

2 comments:

  1. semoga berkekalan jodohnya...jom semarak cinta di Galeri Malam Pertama Cameron Highlands hanya di MARDI Station CH

    ReplyDelete
  2. Hi, sy b2b from perak~!! sy follow k..tgh survey butik area taiping jugak :D

    http://anakummidabesar.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...