Barang Kawen - Semua House & Nilai 3

Kelmarin dan semalam sempat la pergi sana sini cari barang kahwin. Sana sini adalah ; sempat pergi Jalan TAR, Semua House dan Semalam ke Nilai 3. Gigih buat survey. Haha. Padahal tak payah pun tak pe, harga lebih kurang saja kot. Mungkin ada lebih sini sana sikit. Ikut rezeki la kan, kalau dapat yang murah tu Alhamdulillah.

Mula-mula kitorang pergi Semua House, pergi kedai yang kat atas sekali tu. Masuk lift, picit nombor paling atas. Tak sure la level U5 kot, keluar lift terus nampak kedai tu, kedai Sayang You. Nama kiut gila. Haha.

Kedai I Sayang You
 
Aku dah terbekenan dekat bunga telur pink tu

@ Sayang You Semua House

@ Sayang You Semua House
Kedai Sayang You adalah sangat selesa, luas. Boleh la tengok barang-barang kawen dengan aman. Kitorang usha-usha harga dulu kat sini sebab dah plan nak ke Nilai 3 esoknya. So just survey je, kalau tak jumpa kat Nilai 3, then kita akan kesini semula. Overall, barang harga adalah lebih kurang je pun. 


Lepas tu turun level paling bawah Semua House tu ada kedai Reben apa ntah nama. Kat situ pun ok, tapi kedai macam serabut sikit. Kat situ kalau nak beli reben adalah murah. (Bagi aku laaa). Pun ada barang-barang yang ok jugak kat situ. 


Esoknya ke Nilai 3, macam biasa la memang kena rajin berjalan. Memang jalan sampai lenguh kaki. Hilang la sekilo kot lemak. (Perasan.. :p) Kat Nilai kitorang ada beli doorgift sikit, bekas isi telur, paper bag, bunga untuk hantaran, politerin seketoi (yang ni untuk try buat hantaran, kalau jadi baru nak beli banyak), dan toto (eh, yang ni bukan dalam list kawen. muehehe). Owh, better pergi Nilai 3 sekarang sebab aku rasa banyak kedai yang buat sale 20%. Hehehe.

Target sekarang adalah nak setelkan semua benda-benda kecik tu, lepas setel baru nak beli barang hantaran bulan depan sempena end year sale. Bagus kannn plan kitorang?. :)





Nasib baik Bik Gorgon ni semangat lebih carik barang kawen, kalau buat perangai memang dah kena debik dengan aku. Haha. Nanti kita sambung shopping lagi ye sayammm.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...